Thursday, August 31, 2017

Diaper Baby | Lampin Pakai Buang Terbaik

Diaper jenama apa yang terbaik untuk baby?!.. Aina pon tak menkaji sangat sebab Amsyar dah cuba pelbagai jenama (Free Sample) & tiada masalah. Dari Amsyar 0bulan sampai 7bulan, Amsyar pakai Tesco Love dan harganya murah. Next baby, kita akan pakai diaper yang sama, kalau kualitinya masih sama. Sesuailah untuk baby dibawah 6bulan.
Photo from Google
Start 7+ bulan, Amsyar semakin aktif, memang terkejar-kejar nak pakai diaper. memang payah nak pakai tape waktu siang. Lepas survey harga dan ketebalan beberapa diaper (rase guna tangan je-hihi) - Amsyar pakai huggies pants (L) warna biru. So far so good =)

dan start 7+ bulan juga, Amsyar semakin banyak makan solid food & 9oz susu per 4hours.. diaper tesco love dah kerap bocor. dah 2x berak terkena atas katil dan bocor kena kencing dekat daddy & nenek..Rasanya dah tak praktikal nak pakai lagi diaper tesco love.. Lepas google & review dari kekawan, Aina pakaikan Amsyar drypers touch (L). Serius, memang tak berbau, tak bocor & rasanya lebih jimat. 2keping tesco love bersamaan 1keping drypers touch. 

Photo from Google

beli dekat lazada --> klik video --> HERE
beli dekat lazada --> klik video --> HERE
LAZADA memang terbaik!! Order Ahad & Selasa sampai. 2Hari sahaja & Free shipping & Manufacturer 2017. Masa #MerdekaSaleJejalan/ tidur Amsyar pakai #drypersTouch (rm32/pek) & siang dirumah Amsyar pakai #huggiesPants (rm24/pek) - Murahkan? kalau tak ada sale, mommy redo jelah..
.

Wednesday, August 30, 2017

Travel 1 : Jelita Ostrich Farm (Seremban, Malaysia)

Jalan-jalan sambil belajar. Kami bawa Amsyar (9+ bulan) ke mini farm terletak di seremban. Hanya 5minit dari rumah Wan Shima  (Mak daddy). Kanak-Kanak bawah 4tahun FREE of charges & 4tahun keatas RM10 sahaja. Amsyar seronok kena gomol dengan anak kambing. hihi. Worth to visit !!

ada banyak burung Unta
VIDEO : KLIK -- HERE
Anak kambing ini, suka betul dengan Amsyar, ikut je bontot Amsyar.. Amsyar "selamber" hulur jari dekat anak kambing..

VIDEO :KLIK --> HERE
Daddy & Amsyar naik burung unta. Seronok hero hero mommy naik burung unta.. Macam biasa, mommy tolong record buat kenangan.

VIDEO : KLIK --> HERE
Tahukah anda, telur burung unte tidak mampu menampung lebih 300Kg bebanan dan sebiji telur burung unta boleh dimakan untuk sajian 20orang serta Burung Unta jantan yang akan mengeram telur tersebut. Sedikit pengetahuan untuk hari ini ya anak-anak.. Haha, teringat pulak muka uncle tu dengan gaya cakapnya. 


Feeding Ostrich
Di kaunter pembayaran juga terdapat makanan untuk burung unta, burung unta tak gigit pon masa kita bagi makanan tapi rase geli-geli, Patut cuba tau,,


Kuda pon ada
Sebab dah lewat, Amsyar dan daddy tak dapat naik kuda.. Sob.. Sob.. Tutup pukul 5petang, Kami datang pon dah pukul 4lebih.. Kejap sahaja dapat melawat.. 


Pertunjukan burung unta berlumba
Sempatlah jugak, dieorang buat pertunjukan burung unta berlumba walaupun ada beberapa kerat je manusia yang ada.. Oklah, Tapi lebih baik bawa Amsyar naik kuda (terkilan mommy) - huhu


VIDEO : KLIK --> HERE
Sebenarnya tak rancangpon nak pergi Jelita Ostrich Farm ini & Amsyar pon pakai baju duduk rumah je. Sebab panas, kami pakai je ketayap dalam dashboard kereta.. dah tak panas, barulah tanggalkan ketayap tu.. 

Sesiapa datang seremban, bolehlah singgah sambil beriadah petang-petang. Keluar peluh mak mak. Haha

Monday, August 14, 2017

Solid Food for Baby

Penyedian Solid food Amsyar, Aina ikut resepi asalan dari IG/FB @Dr.Aiza.  Boleh dikatakan hampir 88% aina follow dan olah olah sedikit mengikut kesesuaian Amsyar. Dan gambar-gambar yang cantik serta resepi yang lengkap malah letak sekali resepi ini sesuai untuk baby 8bulan++ or else, sangat memudahkan! Help me alot =)

Photo from https://www.facebook.com/aiza.undefined

Makanan pertama Amsyar adalah Puri Apple, Tengok gambar dekat bawah, semua ini.. Opah yang belanje demi cicit kesayangan. Sayang OPAH =)

Hadiah daripada OPAH
Semangat mommy kukus, guna opah punya pengukus yang besar gedabak dan pakai dapur gas. Seriously sangat-sangat leceh =( .. Sebabkan mommy SuperBusy dan nak cepat,  mommy beli je readyMade dekat @MarissaShoppe - tinggal nak panaskan sahaja!

Bought from https://www.instagram.com/marissa_shoppe/


Antara menu menu yang ada seperti dibawah. Mommy borong habis habisan.. Jimat Masa!!!
Photo from https://www.instagram.com/babyeatsbyjustlixa/

Start Amsyar 8bulan dan mommy nak perkenalkan dengan Ayam, daging dan Nasi.. Mula mommy usulkan pada daddy pembelian Beaba babyCook --> rujuk pada Entry --> Click_HERE

Start 8bulan keatas, dari seorang tak suke memasak terus jadi Hobi. Hari-hari tanpa rungutan malahan excited buat makanan Amsyar. dan disini juga mommy jumpa another IG yang best untuk follow resepi tapi tetap ikut asalan jadual pemakanan Adam @Dr.Aiza . 

IG nya adalah akak @ain.amykamal .. Cantikkan Gambar gambar nya, akak @ain.amykamal ini working mommy gak tau. Mommy pon tak tahu macam mana dia sempat buat semua nie, Kagum sangat! Akak @ain.amykamal juga ada jugak jual pasta dan makanan #EatClean yang jenis cepat soldOut. Nanti nak buat #EatClean untuk daddy jugak.... Inspirasi dari akak @ain.amykamal jugak. 
Photo dari https://www.instagram.com/ain.amykamal/


Part II : Baby Cook Amsyar : Demi Amsyar, Mommy Kuat

Bersambung dari Part I , Jenama BabyCook apa yang di beli? adakah sebagus Beaba Babycook Solo 4-in-1? Jeng..Jeng... 

latest update : 2019 babyCook : https://anwars-family.blogspot.com/2019/07/baby-cook-aidan-hand-blender-by-philip.html

Tips #JimatCermat, since aina memang ada extra Blender tak guna. Hadiah kahwin dari operator aina. Maka tinggal nak beli eletrik stim sahaja. Lepas survey habis habisan, Maka kami laki bini decide beli Alpha Living 3 Tier Multifunctional Electric Stainless Steel Lunch Box dekat lazada malaysia. Murahkan?? Tak sampai rm60 pon. Sesuailah macam mak mak bukan kaki travel jauh jauh macam aina. Recommend sesangat. Tapi kalau anda mak mak kaki travel dengan anak perlu penyedian makanan blend. Beaba babycook Solo adalah pilihan dicadangkan.

Bought from lazada 

Multifunctional Electric ini juga sesuai bawa travel sebab dia kecil sahaja. Boleh masak nasi 3-4 orang makan dan lauk serentak dengan menggunakan 3tier. Tapi since aina guna untuk masak makanan Amsyar sahaja, boleh gune 2tier sahaja. Yang lain-lain simpan dalam kotak. Multifunctional Electric ini didatangi dengan 3 stainless steel bow and 2lid (boleh tutup) dan auto cutoff (tak perlu tunggu, macam masak nasi).

Sebelum aina beli, aina search di youtube terdahulu, cara-cara pengguna sebab kang rugi pulak dah beli tapi tak reti pakai atau terlalu kecil/ besar. Biasa bila tengok review dalam youtube, lebih jelas gambaran berbanding gambar. Boleh  --> Click_HERE  atau play youtube dibawah

Tapi dalam youtube ni, agak complicated tapi sebenarnya mudah sahaja. Boleh scroll bawah, tengok gambar kita upload | Harap membantu =)

Sunday, August 13, 2017

Part I : Baby Cook Amsyar : Beaba Mahal atau Murah

PHOTO FROM WWW.INSTAGRAM.COM/360SHOPPE

Aina percaya Beaba Babycook Solo 4-in-1 ini, idaman mak-mak terutama anak yang sulung. Betul tak? hihi.. Aina tertarik sungguh dengan warna pink PLUS ia pasti memudahkan mak-mak yang bekerja seperti Aina. Tekat dah nak beli walaupon dilarang habis habisan oleh daddy sampai akhirnya, daddy mengalah.

latest update : 2019 babyCook : https://anwars-family.blogspot.com/2019/07/baby-cook-aidan-hand-blender-by-philip.html

Daddy : Belilah B, lagipon duit B kan. Abg ikut jelah (Ayat pasrah)

KENAPA Beaba Babycook Solo 4-in-1? Bagus ke? Mostly mr.Google bagi tahu, semua positive review dan mula terjebak sebab IG @DR.Aiza ini - Gonna help me alot (Gambar dibawah) All in ONe, baru bersemangat nak #EatClean--> Mommy want the best for Amsyar too  | or Boleh tanya mr.Google =)


Photo from https://www.instagram.com/aiza89/

Bila dihalang, mati- matian perjuangkan dan tekat walau apa terjadi, Aina tetap akan beli (haha, DRAMA QUEEN) Tapi once daddy dah approve, terus berpikir macam mahal je? wajib ke? keperluan atau kehendak? begitula sikap Aina sebenarnya, Bertabahlah suamiku,. Hihihi..

Lastly, Aina beli ikut kemampuan, bersambung di entry PART II --> Click_HERE : Jenama apa yang Aina beli ! Bagus ke?! Jom kita lihat.. --> Click_HERE bersambung di entry PART II

PS: kalau korang nak beli, Aina recommend IG dari @360SHOPPE. Boleh bayar cash/ CC/Debit dan nak buat bayaran secara ansuran pon boleh. Pergi sahaja ke kedai mereka di seri kembangan. Iklan Tak berbayar ye sebab Aina dah beli 2Item dengan dieorang. Layanan Tip Top.

PHOTO FROM WWW.INSTAGRAM.COM/360SHOPPE