Saturday, March 9, 2019

Jenama Susu formula terbaik untuk bayi 2019

Sedih hati mommy bila adik reject EBM. Tapi mummy tetap pump dan pastikan susu ibu tak putus sebab direct BF adik tak tolak.... Susu EBM ini, abg minum.

Mommy pump 4x di tempat kerja dan sekali pump dapat 8oz
Selepas 3bulan guna botol, aina rasa lebih mudah guna plastik je. Nak maintain pon senang, Plastik Aina letak office je, pakai buang. Tapi kalau nk jimat guna botol lah. 

Update 30 aprl'19 : aina lagi suka simpan guna plastik daripada botol

ini adalah gambar kali pertama, mommy balik kerja dan susu tak habis. Opah bagi tahu adik reject dan taknak minum
Mommy tak tahu susu apa yang sesuai untuk adik, masa nak hilangkan kuning adik minum karihome kejap. Bila mommy guna semula karihome, adik berak selang 2 or 3hari. tapi sekali berak banyak sangat. Hati mommy jadi risau, sepatut minum susu formula, baby akan berak setiap harikan?

Semasa kuning, minum susu ini, kerap adik berak sampai kuning kejap je dah hilang
Mommy ada terbaca di instagram dr. Halina, anak kembarnya minum susu s26. So mommy pon cuba dan alhamdulillah adik serasi dan berak setiap hari. Mommy guna s26 original sebab daddy tersilap beli sebab asalnya mommy nak try Gold. Nanti kita cuba Gold atau mommy teruskan original.

Tapi s26 cuma ada tin untuk saiz besar. Mommy prefer tin compare to pek.

percubaan, try pek kecil dulu s26 original 
Ini melalui pengalaman Aina sahaja. Kita cuba lagi, sampai adik minum EBM okay.

1 comment:

Ibu Syurga said...

Ibu doakan semuanya lancar, masa bagi anak kedua dulu dapat setahun je EBM sebab baby sendiri dah tak nak susu tu. Sedih memang sedih, tapi kita dah usahakan, anak yang dah tak nak. Susu karihome tu memang Ibu pernah pakai, macam bagus jugalah, cuma harga cam mahal sangat. Selain karihome, banyak lagi jenama susu bayi untuk pilihan mak ayah macam kita.

Itu pun, tak ada yang boleh lawan khasiat dan kebaikan susu badan kan sis.