Monday, August 14, 2017

Part II : Baby Cook Amsyar : Demi Amsyar, Mommy Kuat

Bersambung dari Part I , Jenama BabyCook apa yang di beli? adakah sebagus Beaba Babycook Solo 4-in-1? Jeng..Jeng... 

latest update : 2019 babyCook : https://anwars-family.blogspot.com/2019/07/baby-cook-aidan-hand-blender-by-philip.html

Tips #JimatCermat, since aina memang ada extra Blender tak guna. Hadiah kahwin dari operator aina. Maka tinggal nak beli eletrik stim sahaja. Lepas survey habis habisan, Maka kami laki bini decide beli Alpha Living 3 Tier Multifunctional Electric Stainless Steel Lunch Box dekat lazada malaysia. Murahkan?? Tak sampai rm60 pon. Sesuailah macam mak mak bukan kaki travel jauh jauh macam aina. Recommend sesangat. Tapi kalau anda mak mak kaki travel dengan anak perlu penyedian makanan blend. Beaba babycook Solo adalah pilihan dicadangkan.

Bought from lazada 

Multifunctional Electric ini juga sesuai bawa travel sebab dia kecil sahaja. Boleh masak nasi 3-4 orang makan dan lauk serentak dengan menggunakan 3tier. Tapi since aina guna untuk masak makanan Amsyar sahaja, boleh gune 2tier sahaja. Yang lain-lain simpan dalam kotak. Multifunctional Electric ini didatangi dengan 3 stainless steel bow and 2lid (boleh tutup) dan auto cutoff (tak perlu tunggu, macam masak nasi).

Sebelum aina beli, aina search di youtube terdahulu, cara-cara pengguna sebab kang rugi pulak dah beli tapi tak reti pakai atau terlalu kecil/ besar. Biasa bila tengok review dalam youtube, lebih jelas gambaran berbanding gambar. Boleh  --> Click_HERE  atau play youtube dibawah

Tapi dalam youtube ni, agak complicated tapi sebenarnya mudah sahaja. Boleh scroll bawah, tengok gambar kita upload | Harap membantu =)

No comments: