Monday, January 22, 2018

Travel 2 : MELAKA [ zoo melaka dan sekitar-nya] - Hari Kedua

Hari  Kedua
sambungan daripada entry sebelum ini. Post ini fokus pada ZOO melaka sahaja, compare to ZOO negara. ZOO melaka lagi best dan murah. Ikhlas dari mami dan daddy =). Sebelum nak datang, wajib tahu pukul berapa buka & tutup, kalau tak!! sia-sia macam kami datang semalam. Nasib rumah Oyang dekat, kalau datang dari jauh-jauh, rugi sahaja. 

Aina tepek beberapa gambar (tak banyak bergambar pon) dan video Amsyar bagi Arnab makan serta bermain dengan arnab okay!- Jom layan.. 
Pertama, sebelum parking jangan lupa beli kupon parking dan ada jual sebelum parking dalam zoo. Daddy letak 2jam sahaja, padehal 3jam lebih kami dalam ZOO. Alhamdullah, nasib tak kena saman- huh !!

zoo melaka
Harga tiket & kami dapat diskaun lagi tau- maybe sebab datang hari biasa - lupa nak tanya sebab daddy bayar sahaja dan mami pulak sibuk amik gambar. 
zoo melaka
waktu bird show dan safari buka pada hari tertentu sahaja (lupa hari apa)

zoo melaka
tempat bird show - Nanti kalau dieorang panggil siapa nak volunteer, better korang pergi sebab dapat bergambar free dengan bird yang buat show. Kalau tak, perlu bayar ya
zoo melaka
burung apa itu? nape burung ini tak terbang?

zoo melaka
Jalan-jalan sambil belajar- Mari kita mengenali haiwan-haiwan di zoo melaka

zoo melaka
kalau lapar, jangan  risau terdapat kafe dan boleh beli dan makan

zoo melaka
Amsyar bawa bekal, so mami jimat dah =)

zoo melaka
tadi itu, kafe girafah sebab kandang girafah sebelah kafe, boleh menjamu selera sambil melihat gelagat cik girafah

zoo melaka
Peace

zoo melaka
leopard tido, Amsyar pon nak tido

zoo melaka
Apa itu baby?? cikgu daddy berbicara dengan anaknya sambil berulang-ulang sebut nama-nama haiwan yang kami jumpa

zoo melaka
daddy, kita sesatlah.. haha, ZOO melaka kecik je. Belum sempat sesat, dah habis tapi mami semput la jugak. 3 jam you !!!

zoo melaka
Terkilan.. orang yang jaga gajah hilang tah kemana.. tak dapat nak bagi gajah makan. 

zoo melaka
dah penat-penat pusing satu ZOO melaka, kita naik tram pulak (rm5 dewasa), pusing sekali lagi. Tip Aina, better jalan kaki sampai habis pusing dan baru naik tram sebab dapat hilang penat dan panas. - 2round
zoo melaka
Aktiviti terakhir -- Eh arnab, Jap eh, daddy tengah beli makanan arnab dekat kaunter dan lepas itu, kita boleh masuk dan main-main dengan arnab. Best giler

Feeding the Rabbit - - Jom layan video dibawah 
video upload @ blogger -- feeding the rabbit at ZOO melaka

video upload @youtube-- feeding the rabbit at ZOO melaka

Travel 2 : MELAKA [ zoo melaka dan sekitar-nya] - Hari Pertama

Sebenarnya, Kampung Anwar memang di Melaka area Bachang, rumah oyang Amsyar dan dah banyak kali jejak kaki dekat Melaka ini. Tapi bulan lepas baru ada kesempatan nak bawa si kenit Amsyar pusing-pusing Melaka. Antara tempat yang kami pergi.
  1. Zoo Melaka
  2. Taming Sari
  3. Pusing- pusing A'Famosa to Jonker Street
Sebenarnya banyak tempat nak pergi lagi Tapi keadaan cuaca tak mengizinkan. Hujan turun belah petang 2hari berturut-turut. 

Hari  Pertama
Plan nak ke ZOO Melaka tapi disebabkan pagi, sesi mengemas rumah oyang masih tak habis (ada kenduri lepas magrib semalam), kami plan pergi pukul 01petang tapi hujan pulak. Lastly, gerak pukul 04.30 petang dan sampai dekat ZOO Melaka 10minit (dekat je).

Tapi Akak jual tiket cadang datang esok pepagi sebab persembahan haiwan dah takde (rugi) dan kalau nak masuk jugak akan rushing melihat haiwan-haiwan dalam Zoo. kenapa Rushing? akak jual tiket cakap, "masa untuk lihat haiwan biasa 1jam 30minit dan sekarang tinggal 1jam sahaja. Kalau tak berpuashati, duit tidak akan dikembalikan". - Sob - Sob. Maka kami bergambar sahaja dihadapan zoo melaka


Selepas bergambar, kami ke cocount shake batu beremdam sebelum ke bandar untuk naik taming sari. Dulu, mase Aina study dekat UTeM, weekend je mesti beli dan Aina lagi suka Cocount Shake batu beremdam daripada klebang (Tekak Aina).

wajib kalau datang melaka tau -  Cocount Shake batu beremdam
Selain cocount Shake, ada juga jual makanan
Dahaga dah hilang dan perut dah beralas, mohlah kita ke bandar pusing-pusing A'Famosa to Jonker Street sambil bakar lemak. Sebelum itu, kami naik dulu Taming Sari dan rasanya, kalau malam mungkin lagi cantik.

Selfie sebelum masuk Taming Sari

Kaunter Tiket dan Harga Tiket - Jangan lupa bawa iC & Amsyar Free  - sebab baru 14bulan

Sebelum masuk dalam manara berputar-putar- hihi
Amsyar yang pilih tempat duduk mami dan daddy
Tour Guide sedang membebel =)
Turun je dari Taming Sari, Jangan lupa singgah dan beli dodol tau. Sedap giler dan lagi sedap makan panas-panas. Boleh minta tester sebelum beli, terbaik =)
Bila daddy dan Amsyar dah suka, maka terpakse mami beli tapi daddy bayar- hihi- sila abaikan muka daddy yang feeling makan dodol panas

Nie nama dodol itu, bebetul dekat taming sari
Seterusnya, kita masuk kereta jap amik udara sejuk sebelum sesi bakar lemak dari taming sari hingga ke jonker walk dan berpatah balik. 3jam weh, bakar lemak. HUH !! Gambar macam takde pulak nak upload. kita letak mane yang ada jelah ea =)

take five dalam kete kejap sebelum sesi bakar lemak bermula
Pilihan beca abam Amsyar, didie and friends - Tapi kami tak naik pon

haripon dah nak malam

Hapuskan lemak -lemak mami dan daddy sahaja sebab Amsyar dah cukup kurus
Nampak sangat dah lame tak datang, Eh, ada H&M lah tapi bahagian kanak-kanak tiada, tak bestlah
sepanjang masuk joker walk sampai patah balik, budak kenit ni, tido sahaja 

Hari  Kedua
bersambung pada entry seterusnya,... fokus on ZOO melaka sahaja =)

ENTRY HARI KEDUA- KLIK LINK DIBAWAH
https://anwars-family.blogspot.my/2018/01/travel-2-melaka-zoo-melaka-dan-sekitar.html

Diaper Baby | Lampin Pakai Buang Terbaik Updated


Post kedua pasal diaper, update daripada entry yang sebelumnya dan Amsyar dah berumur 15bulan ketika jari jemari mami taip entry ini =)

Untuk siang, baby pakai #DiaperPants sebab senang nak handler budak super active nih 😍. Pernah pakai 3 brands sahaja. Antara ketiga-tiga nih, #Genki paling tahan bocor, kedua #Huggies & last #drypers..

Harga ketiga-tiga brand ni lebih kurang sama sahaja. Harga paling murah pernah beli, Huggies (rm24+/pek - lazada) & Genki/drypers (rm29+/pek).

Untuk malam atau jalan-jalan, baby stick to #drypersTouch. Ni diaper terbaik pernah cuba. Memang tahan lama & tak bocor & celah kangkang tak merah-merah/ meleceh (kulit baby, sensitive sikit)

dekat market, memang agak pricey tapi mami baby akan beli borong dekat #Lazada sahaja mase sales & tahan 3bulan+ . Paling murah pernah beli, pek biasa ada 34pcs (rm22+/ 34pcs + Free shipping + Free cute beg + Free wipes Tisues setiap pek) & kedua murah pek jumbo ada 54pcs ( rm33/ 54pcs + Free Shipping) - kalau borong mase sale memang jimat sampai rm100lebih. Bukan rm10 tau tapi rm100lebih

Untuk #DiaperTape, dah cuba banyak jenama sebab banyak dapat sample & mase newborn ada beli brands #tescoLove(okay & murah tapi perlu kerap tukar)


LATEST UPDATE (03MAY'18) : KINI, AMSYAR SETIA HUGGIES PANTS (BLUE). Lebih tahan dari yang lain. Terima Kasih Huggies for the improvement =D 


Kalau beli dekat lazada, jangan lupa sign-up CashBack. Beli apa- apa sahaja di lazada akan dapat CashBack duit. Klik link ini untuk daftar = https://www.shopback.my/referred-signup-bonus?raf=qCR7DP 

CASHBACK
https://www.shopback.my/referred-signup-bonus?raf=qCR7DP