Sunday, April 28, 2019

Income Tax

Cara nak isi e-filing, Pertama sekali korang kena ada EA form atau penyata kira-kira (yelah itu :-))
EA Form ini, company aina sudah siap kirakan. Maka, Aina tinggal nak isi. Duit Tax pulak, takyah risau sebab company aina dah tolak gaji everymonth. Kalau ada rebate dan pengurang, duit akan dipulangkan. 

Penting ya! Memang leceh tapi wajib declare. Nanti macam-macam isu pulak di kemudian hari. Sebab Makcik ada dapat pampasan dari Company tapi sebab tak declare income tax tahun terdahulu untuk 2tahun sahaja (skip). process pampasan itu menjadi sangat leceh ya sebab ada income tax tahun terdahulu tak isi. Siapa yang rugi? Kitalah.

Kalau berniaga pulak, Kalau tak ada income tax. Susah tau nak mohon Loan/ Pinjaman. DAN boleh didenda jika tidak declare. Bukan semua declare akan kena bayar, bergantung. Tapi Kalau dah sales letop, harus ada pembayaran :-)...

Langkah #1 Perlu ada EA form bagi pekerja Swasta macam AINA aka Penyata Gaji Pekerja SWASTA
company aina dah sediakan dalam WEB khas, tinggal nak download. Senangkan.

Langkah #2 Isi borang permohonan di LHDN
Masuk Link Utama http://www.hasil.gov.my/ dan klik pada EZHASIL dan klik lagi pada e-Filing seperti gambar dibawah



Ini adalah website utama. Jangan salah masuk ya

Langkah #3 Isi borang permohonan di eFiling
Selepas anda klik seperti diatas, akan keluar paparan seperti dibawah. Korang klik sahaja pada 
e-borang



Langkah #4 LOG-IN MASUK
Log-in seperti dalam Petak merah, kalau dah pernah log-in
kalau pertama kali ISI? klik LOGIN KALI PERTAMA
Kalau terlupa kata laluan? klik TERLUPA KATA LALUAN


Langkah #4 LOG-IN MASUK : Terlupa Password
Kalau terlupa kata laluan (Password), RESET kata laluan melalui SMS dan masukkan seperti dibawah

Langkah #5 LOG-IN MASUK : e-Filing
Jika anda berjaya masuk, ia akan paparkan nama anda seperti dibawah dan kemudian, klik e-filing / e-borang


Langkah #5 LOG-IN MASUK : e-BE
Pilih eBorang mengikut perkerjaan anda. Aina kerja swasta, maka Aina perlu klik E-BE


Langkah #5 LOG-IN MASUK: e-BE => Maklumat Individu
Mana yang Aina palang merah itu, yang perlu diisi ya bahagian maklumat individu

Langkah #5 LOG-IN MASUK: e-BE => Maklumat Pendapatan
Macam aina, aina cuma isi di pendapatan berkanun pengajian sahaja, ia, akan auto kira semua.

Maka, aina tulis bahagian paling penting untuk declare. Kemudian, yang palang merah itu, akan auto keluar berapa yang Aina dah bayar pada LHDN pada tahun lepas. Company Aina setiap bulan akan potong gaji untuk TAX ini, So, dia akan paparkanlah di palang merah itu

Langkah #5 LOG-IN MASUK: e-BE => Pelepasan
Ini Bahagian Best, korang boleh memdapat pelepasan. Pelepasan mak ayah dan anak tau, tapi kelayakan mengikut % lah. Nanti korang klik tanda seru (!) untuk detail.

Jangan lupa JOIN SSPN, dapat pelepasan jugak sambil menabung dan insurans. Nak tahu? Jom tekan => KLIK SSPN AINA

Yang lain-lain, kalau nak claim boleh tapi kena simpan resit 7tahun. Nanti ada audit, mereka akan minta resit dan kalau tak ada, nanti perlu bayar pulak. Barangan Ibu menyusu pon boleh claim tau



Langkah #5 LOG-IN MASUK: e-BE => Rumusan
Akhir sekali, ia akan rumuskan Jumlah pendapatan, Pelepasan dan berapa anda perlu bayar dan pulangan duit jika anda sudah bayar tapi ada potongan daripada pelepasan/ Rebet

kotak bawah sekali adalah pelepasan dan balance akan dipulang pada no account


Langkah #6, Langkah Terakhir
Lepas dah puas hati dan semakan bebetul, korang klik teruskan dan klik submit je. SIAP :)
Semoga membantu ya! Ada apa-apa tak tahu, boleh je tanya dekat comment dibawah atau email Aina
Kalau nak senang, korang buat je dekat LHDN terdekat. Sana ada pegawai baik hati akan ajar korang dan tahun seterusnya, dah boleh buat sendiri sahaja di rumah.