Untuk kali ini, Aina sangkut GDM on diet (Kencing Manis). Kena lah buat BSP 2minggu sekali, kena cucuk sendiri tau. Inilah alat kesan kencing manis Aina. Jarum dan strip kena guna yang baru dan buang selepas di gunakan.
Check BSP - ALAT CHECK KENCING MANIS |
Tanda-tanda bersalin untuk anak kedua sangat dipermudahkan.
1- Pukul 4am, terjaga & tertiba dah sakit selang 5minit. Kejut suami ajak pergi pergi hospital, sebelum itu sempat singgah mcd. Makan sambil tahan sakit (sakit itu masih boleh tahan, yang penting tahu teknik pernafasan).
2- Pukul 6am, sampai hospital serdang dan nurse pasang CTG pada perut. Tapi graf tak cantik pula, Aina sangat cuak tapi rupanya, Baby tidur dan time itu bukaan dah 5cm
3- Pukul 8.30am, doktor pecah air ketuban dan nurse suruh makan dulu sebelum makan labor room. Nurse bawakkan makanan hospital dekat katil Aina (takda selera tapi habis jugak)
4- Pukul 9am, tolak labor room, tak sampai 15minit baby lahir
Disebalik Allah permudahkan bersalin, dihadirkan sakit RENGAT.
Sakit rengat ini, lebih sakit dari sakit nak bersalin adik, lagi-lagi semasa adik menyusu badan. Aina kena start hari ke-3 dan pantang ke-5 dah okay. Yang bagusnya, rahim aina seminggu dah kecut (misi datang rumah bagi tahu) dan bidan mengurut siap puji, pandai awak jaga badan (urut pada pantang ke-14).
Kalau rengat ini datang, gunakan teknik pernafasan yang betul untuk kurangkan sakit dan rajinkan bertungku. Aina minta suami sapu minyak herbanika NR dan makan Phythonatal pada hari ke-4. Serta, mandian herba dari kedai sensei (kedai ubat cina). Aina juga makan blackmore VitC/ Omega 3 & Asid Folic/ Vit B Complex
Kalau rengat ini datang, gunakan teknik pernafasan yang betul untuk kurangkan sakit dan rajinkan bertungku. Aina minta suami sapu minyak herbanika NR dan makan Phythonatal pada hari ke-4. Serta, mandian herba dari kedai sensei (kedai ubat cina). Aina juga makan blackmore VitC/ Omega 3 & Asid Folic/ Vit B Complex
minyak herbanika NR dan Phythonatal 90 biji serta Herba Bath |
Blackmores Bio C (vit c ® 1000mg) dan omega-3s containing DHA & EPA serta ubatan dari Hosp Serdang Folic Acid 5mg & Vitaman B Complex Tablet |
ubat kuning untuk luka episiotomi/ koyakan semasa bersalin |
Bayaran sehari bermalam di ward Hospital Serdang dan kos bersalin serta ubat-ubatan, hanya dibawah rm30 setelah ditolak subsidi kerajaan. Lebih murah dari anak pertama sebab guna CTG sekali je compare anak pertama yang datang sebelum sakit.
Asalnya, nak masuk wad kelas pertama sebab Aina boleh claim rm1.8K dengan insurans company tapi Aina tak ada rezeki juga untuk anak ke-2. Duduk di wad kelas ke-3 okay dan selesa tapi suami tak boleh teman bermalam. Ini adalah harga Kelas pertama - ketiga tahun 2018 ya.
No comments:
Post a Comment