Inilah buku "Monthly checkup" & Air Gula pada ww33 |
Berbalik pada tajuk asal, untuk bersalin di hospital kerajaan. Hanya walk-in sahaja bila tanda-tanda nak bersalin muncul. Apa tanda-tandanya? Ini tanda-tanda Aina ya & setiap orang berbeza-beza :)
2 Hari sebelum nak bersalin, hanya ada 2tanda sahaja
1- Terasa asyik nak membuang tetapi tidak ber*k
2- Kaki dah mula bengkak
So, mak dah suruh pergi awal-awal check dekat hospital, tapi Aina masih tak rasa sakit lagi dan due masih ada lagi 1minggu. Sebab cuak kena tahan dekat hospital & lambat bukaan. Aina masih berkerja macam biasa tapi siap pesan dekat rakan sekerja, andai kata terberanak dekat pejabat. Tolong hantar dekat hospital kerajaan terdekat sahaja.
Selepas hari ke-2 keluar tanda-tanda diatas, firasat hati Aina rasa macam nak bersalin tapi tak sakit pon. Terus ajak suami pergi Hospital Serdang, Aina sampai dalam 7mlm & doktor cek rupanya bukaan dah 3cm. Terus nurse tahan dan pesan tak boleh balik tapi ward penuh. So, bersiaranlah Aina dekat tempat menunggu.
Tapi Aina tak duduk pon.. Aina buat sit-up dan berjalan untuk mempercepatkan bukaan. Lastly, pukul 6pagi.. Doktor cek, bukaan 6cm, terus pecahkan air ketuban. Terkejut, siap tanya doktor.. Kenapa pecahkan & saya masih tak rasa sakit.. Nasib doktor tu tak jawab, awak doktor ke? saya doktor? hihi
Lepas tolak ke Labor room & start 8pagi.. Jeng-jeng...
Hanya Allah je yang tahu betapa sakit-nya & terus ingat mak !!
Dalam 11pagi, lahirlah putera kami yang sulung - Danish Amsyar
Terima Kasih daddy, sebab bagi semangat macam mana nak teran & siap dengan gaya-gaya sekali
Terima Kasih pada Nurse yang sambut & bagi semangat. Anak mommy hampir lemas kebiruan sebab tak cukup tenaga nak push.
Check-Out setelah semalam bermalam di ward Hosp Serdang. |
Bayaran sehari bermalam di ward Hospital Serdang dan
kos bersalin serta ubat-ubatan, hanya dibawah rm60 setelah ditolak subsidi kerajaan.
Semoga mommy diluar sana juga, dipermudahkan urusan bersalin & ibu/anak selamat =)
P/S: Adik Amsyar due Jan'19 pon, dah plan nak bersalin di Hospital Serdang juga