Monday, August 14, 2017

Solid Food for Baby

Penyedian Solid food Amsyar, Aina ikut resepi asalan dari IG/FB @Dr.Aiza.  Boleh dikatakan hampir 88% aina follow dan olah olah sedikit mengikut kesesuaian Amsyar. Dan gambar-gambar yang cantik serta resepi yang lengkap malah letak sekali resepi ini sesuai untuk baby 8bulan++ or else, sangat memudahkan! Help me alot =)

Photo from https://www.facebook.com/aiza.undefined

Makanan pertama Amsyar adalah Puri Apple, Tengok gambar dekat bawah, semua ini.. Opah yang belanje demi cicit kesayangan. Sayang OPAH =)

Hadiah daripada OPAH
Semangat mommy kukus, guna opah punya pengukus yang besar gedabak dan pakai dapur gas. Seriously sangat-sangat leceh =( .. Sebabkan mommy SuperBusy dan nak cepat,  mommy beli je readyMade dekat @MarissaShoppe - tinggal nak panaskan sahaja!

Bought from https://www.instagram.com/marissa_shoppe/


Antara menu menu yang ada seperti dibawah. Mommy borong habis habisan.. Jimat Masa!!!
Photo from https://www.instagram.com/babyeatsbyjustlixa/

Start Amsyar 8bulan dan mommy nak perkenalkan dengan Ayam, daging dan Nasi.. Mula mommy usulkan pada daddy pembelian Beaba babyCook --> rujuk pada Entry --> Click_HERE

Start 8bulan keatas, dari seorang tak suke memasak terus jadi Hobi. Hari-hari tanpa rungutan malahan excited buat makanan Amsyar. dan disini juga mommy jumpa another IG yang best untuk follow resepi tapi tetap ikut asalan jadual pemakanan Adam @Dr.Aiza . 

IG nya adalah akak @ain.amykamal .. Cantikkan Gambar gambar nya, akak @ain.amykamal ini working mommy gak tau. Mommy pon tak tahu macam mana dia sempat buat semua nie, Kagum sangat! Akak @ain.amykamal juga ada jugak jual pasta dan makanan #EatClean yang jenis cepat soldOut. Nanti nak buat #EatClean untuk daddy jugak.... Inspirasi dari akak @ain.amykamal jugak. 
Photo dari https://www.instagram.com/ain.amykamal/


Part II : Baby Cook Amsyar : Demi Amsyar, Mommy Kuat

Bersambung dari Part I , Jenama BabyCook apa yang di beli? adakah sebagus Beaba Babycook Solo 4-in-1? Jeng..Jeng... 

latest update : 2019 babyCook : https://anwars-family.blogspot.com/2019/07/baby-cook-aidan-hand-blender-by-philip.html

Tips #JimatCermat, since aina memang ada extra Blender tak guna. Hadiah kahwin dari operator aina. Maka tinggal nak beli eletrik stim sahaja. Lepas survey habis habisan, Maka kami laki bini decide beli Alpha Living 3 Tier Multifunctional Electric Stainless Steel Lunch Box dekat lazada malaysia. Murahkan?? Tak sampai rm60 pon. Sesuailah macam mak mak bukan kaki travel jauh jauh macam aina. Recommend sesangat. Tapi kalau anda mak mak kaki travel dengan anak perlu penyedian makanan blend. Beaba babycook Solo adalah pilihan dicadangkan.

Bought from lazada 

Multifunctional Electric ini juga sesuai bawa travel sebab dia kecil sahaja. Boleh masak nasi 3-4 orang makan dan lauk serentak dengan menggunakan 3tier. Tapi since aina guna untuk masak makanan Amsyar sahaja, boleh gune 2tier sahaja. Yang lain-lain simpan dalam kotak. Multifunctional Electric ini didatangi dengan 3 stainless steel bow and 2lid (boleh tutup) dan auto cutoff (tak perlu tunggu, macam masak nasi).

Sebelum aina beli, aina search di youtube terdahulu, cara-cara pengguna sebab kang rugi pulak dah beli tapi tak reti pakai atau terlalu kecil/ besar. Biasa bila tengok review dalam youtube, lebih jelas gambaran berbanding gambar. Boleh  --> Click_HERE  atau play youtube dibawah

Tapi dalam youtube ni, agak complicated tapi sebenarnya mudah sahaja. Boleh scroll bawah, tengok gambar kita upload | Harap membantu =)