Wednesday, August 30, 2017

Travel 1 : Jelita Ostrich Farm (Seremban, Malaysia)

Jalan-jalan sambil belajar. Kami bawa Amsyar (9+ bulan) ke mini farm terletak di seremban. Hanya 5minit dari rumah Wan Shima  (Mak daddy). Kanak-Kanak bawah 4tahun FREE of charges & 4tahun keatas RM10 sahaja. Amsyar seronok kena gomol dengan anak kambing. hihi. Worth to visit !!

ada banyak burung Unta
VIDEO : KLIK -- HERE
Anak kambing ini, suka betul dengan Amsyar, ikut je bontot Amsyar.. Amsyar "selamber" hulur jari dekat anak kambing..

VIDEO :KLIK --> HERE
Daddy & Amsyar naik burung unta. Seronok hero hero mommy naik burung unta.. Macam biasa, mommy tolong record buat kenangan.

VIDEO : KLIK --> HERE
Tahukah anda, telur burung unte tidak mampu menampung lebih 300Kg bebanan dan sebiji telur burung unta boleh dimakan untuk sajian 20orang serta Burung Unta jantan yang akan mengeram telur tersebut. Sedikit pengetahuan untuk hari ini ya anak-anak.. Haha, teringat pulak muka uncle tu dengan gaya cakapnya. 


Feeding Ostrich
Di kaunter pembayaran juga terdapat makanan untuk burung unta, burung unta tak gigit pon masa kita bagi makanan tapi rase geli-geli, Patut cuba tau,,


Kuda pon ada
Sebab dah lewat, Amsyar dan daddy tak dapat naik kuda.. Sob.. Sob.. Tutup pukul 5petang, Kami datang pon dah pukul 4lebih.. Kejap sahaja dapat melawat.. 


Pertunjukan burung unta berlumba
Sempatlah jugak, dieorang buat pertunjukan burung unta berlumba walaupun ada beberapa kerat je manusia yang ada.. Oklah, Tapi lebih baik bawa Amsyar naik kuda (terkilan mommy) - huhu


VIDEO : KLIK --> HERE
Sebenarnya tak rancangpon nak pergi Jelita Ostrich Farm ini & Amsyar pon pakai baju duduk rumah je. Sebab panas, kami pakai je ketayap dalam dashboard kereta.. dah tak panas, barulah tanggalkan ketayap tu.. 

Sesiapa datang seremban, bolehlah singgah sambil beriadah petang-petang. Keluar peluh mak mak. Haha