Sedih hati mommy bila adik reject EBM. Tapi mummy tetap pump dan pastikan susu ibu tak putus sebab direct BF adik tak tolak.... Susu EBM ini, abg minum.
|
Mommy pump 4x di tempat kerja dan sekali pump dapat 8oz |
Selepas 3bulan guna botol, aina rasa lebih mudah guna plastik je. Nak maintain pon senang, Plastik Aina letak office je, pakai buang. Tapi kalau nk jimat guna botol lah.
|
Update 30 aprl'19 : aina lagi suka simpan guna plastik daripada botol |
|
ini adalah gambar kali pertama, mommy balik kerja dan susu tak habis. Opah bagi tahu adik reject dan taknak minum |
Mommy tak tahu susu apa yang sesuai untuk adik, masa nak hilangkan kuning adik minum karihome kejap. Bila mommy guna semula karihome, adik berak selang 2 or 3hari. tapi sekali berak banyak sangat. Hati mommy jadi risau, sepatut minum susu formula, baby akan berak setiap harikan?
|
Semasa kuning, minum susu ini, kerap adik berak sampai kuning kejap je dah hilang |
Mommy ada terbaca di instagram dr. Halina, anak kembarnya minum susu s26. So mommy pon cuba dan alhamdulillah adik serasi dan berak setiap hari. Mommy guna s26 original sebab daddy tersilap beli sebab asalnya mommy nak try Gold. Nanti kita cuba Gold atau mommy teruskan original.
Tapi s26 cuma ada tin untuk saiz besar. Mommy prefer tin compare to pek.
|
percubaan, try pek kecil dulu s26 original |
Ini melalui pengalaman Aina sahaja. Kita cuba lagi, sampai adik minum EBM okay.