Monday, July 1, 2019

Baby Cook Aidan : Hand Blender by Philip

untuk anak kedua, aina beli yang baru =) dan ia lebih mudah dan senang di bawah kemana-mana. Disebabkan banyak tiruan dan takut bahan yang diprocess tak selamat untuk baby Aidan. Aina beli yang ada jenama diyakini dan murah.

1- Hand Blender Philip
sangat senang nak guna handblender ini, lepas masak terus blender dekat periuk yang kita masak.


Aina beli blender yang ada 4set function dan free bekas letak makanan untuk blender. Kalau sekadar, nak beli 1jenis sahaja pon ada. Aina beli dekat Lazada je. Murah dekat FLAG shop dan ada warranty philip

Makanan pertama adik buah avocado, senang tak perlu nk steam. Boleh lenyek atau blender. Aina blender halus dulu sebab adik baru nak start makan. Itu pon campur sikit dengan EBM untuk cair. EBM letak semasa nak makan sahaja, tak campur semasa frozen


2- Khind porridge soup cooker
Kecil dan senang di bawa ke mana-mana.

Nak steam dalam seramik pot atau guna nak panaskan semula frozen pure. Mudahkan?


Nak masak nasi atau bubur pon mudah, klik je button porridge dan tidur :). akan auto cutoff. Aina guna organik beras dari Little Baby Grains. Laju sahaja adik makan.

Klik video ini, nak tengok set yang kita dapat semasa beli khind porridge soup cooker

No comments: