Sebenarnya, Kampung Anwar memang di Melaka area Bachang, rumah oyang Amsyar dan dah banyak kali jejak kaki dekat Melaka ini. Tapi bulan lepas baru ada kesempatan nak bawa si kenit Amsyar pusing-pusing Melaka. Antara tempat yang kami pergi.
- Zoo Melaka
- Taming Sari
- Pusing- pusing A'Famosa to Jonker Street
Sebenarnya banyak tempat nak pergi lagi Tapi keadaan cuaca tak mengizinkan. Hujan turun belah petang 2hari berturut-turut.
Hari Pertama
Plan nak ke ZOO Melaka tapi disebabkan pagi, sesi mengemas rumah oyang masih tak habis (ada kenduri lepas magrib semalam), kami plan pergi pukul 01petang tapi hujan pulak. Lastly, gerak pukul 04.30 petang dan sampai dekat ZOO Melaka 10minit (dekat je).
Tapi Akak jual tiket cadang datang esok pepagi sebab persembahan haiwan dah takde (rugi) dan kalau nak masuk jugak akan rushing melihat haiwan-haiwan dalam Zoo. kenapa Rushing? akak jual tiket cakap, "masa untuk lihat haiwan biasa 1jam 30minit dan sekarang tinggal 1jam sahaja. Kalau tak berpuashati, duit tidak akan dikembalikan". - Sob - Sob. Maka kami bergambar sahaja dihadapan zoo melaka
Selepas bergambar, kami ke cocount shake batu beremdam sebelum ke bandar untuk naik taming sari. Dulu, mase Aina study dekat UTeM, weekend je mesti beli dan Aina lagi suka Cocount Shake batu beremdam daripada klebang (Tekak Aina).
|
wajib kalau datang melaka tau - Cocount Shake batu beremdam |
|
Selain cocount Shake, ada juga jual makanan |
Dahaga dah hilang dan perut dah beralas, mohlah kita ke bandar pusing-pusing A'Famosa to Jonker Street sambil bakar lemak. Sebelum itu, kami naik dulu Taming Sari dan rasanya, kalau malam mungkin lagi cantik.
|
Selfie sebelum masuk Taming Sari |
|
Kaunter Tiket dan Harga Tiket - Jangan lupa bawa iC & Amsyar Free - sebab baru 14bulan |
|
Sebelum masuk dalam manara berputar-putar- hihi |
|
Amsyar yang pilih tempat duduk mami dan daddy |
|
Tour Guide sedang membebel =) |
Turun je dari Taming Sari, Jangan lupa singgah dan beli dodol tau. Sedap giler dan lagi sedap makan panas-panas. Boleh minta tester sebelum beli, terbaik =)
|
Bila daddy dan Amsyar dah suka, maka terpakse mami beli tapi daddy bayar- hihi- sila abaikan muka daddy yang feeling makan dodol panas |
|
Nie nama dodol itu, bebetul dekat taming sari |
Seterusnya, kita masuk kereta jap amik udara sejuk sebelum sesi bakar lemak dari taming sari hingga ke jonker walk dan berpatah balik. 3jam weh, bakar lemak. HUH !! Gambar macam takde pulak nak upload. kita letak mane yang ada jelah ea =)
1 comment:
PokerStars Casinos & Software Integration - JTM Hub
PokerStars is one of the 과천 출장안마 leading online 광양 출장샵 poker sites 김해 출장샵 for sports 시흥 출장샵 betting in 천안 출장마사지 the world. It provides both poker players with a wide range of games for their
Post a Comment