Monday, July 1, 2019

Baby Cook Aidan : Hand Blender by Philip

untuk anak kedua, aina beli yang baru =) dan ia lebih mudah dan senang di bawah kemana-mana. Disebabkan banyak tiruan dan takut bahan yang diprocess tak selamat untuk baby Aidan. Aina beli yang ada jenama diyakini dan murah.

1- Hand Blender Philip
sangat senang nak guna handblender ini, lepas masak terus blender dekat periuk yang kita masak.


Aina beli blender yang ada 4set function dan free bekas letak makanan untuk blender. Kalau sekadar, nak beli 1jenis sahaja pon ada. Aina beli dekat Lazada je. Murah dekat FLAG shop dan ada warranty philip

Makanan pertama adik buah avocado, senang tak perlu nk steam. Boleh lenyek atau blender. Aina blender halus dulu sebab adik baru nak start makan. Itu pon campur sikit dengan EBM untuk cair. EBM letak semasa nak makan sahaja, tak campur semasa frozen


2- Khind porridge soup cooker
Kecil dan senang di bawa ke mana-mana.

Nak steam dalam seramik pot atau guna nak panaskan semula frozen pure. Mudahkan?


Nak masak nasi atau bubur pon mudah, klik je button porridge dan tidur :). akan auto cutoff. Aina guna organik beras dari Little Baby Grains. Laju sahaja adik makan.

Klik video ini, nak tengok set yang kita dapat semasa beli khind porridge soup cooker

Monday, May 27, 2019

Laminate tanpa mesin laminate

Disebabkan mesin laminate rumah hilang ke mana, aina DIY sahaja untuk laminate dan super Jimat serta tahan lasak (Jimat ink printer tau! asyk terkoyak & nak printer banyak kali)

Bahan-bahan :-
1- laminate Film
2- Iron Baju
3- Tudung atau kain batik atau apa-apa kain sebagai alas (tak boleh direct iron tau! Nt cair pulak)
4- Printable sheet, aina beli dekat @littlefeiyedhomeschooler (Instagram)
5- Good Luck =)
6- Boleh add, Velcro tape. Untuk "mix and match activity"

sudah ada 3barang diatas? 

Lapik dengan kain jernih (aina guna tudung je), senang dan nampak apa yang kita iron. 
1-2 minit iron Opah - Siap laminating ya :)




Ini velcro tape, aina beli 2saiz untuk testing. Better beli 1.5cm
Aktiviti 5minit sehari. Kalau nak kemas, failkan dalam satu tempat.
MIX & MATCH

Sunday, April 28, 2019

Income Tax

Cara nak isi e-filing, Pertama sekali korang kena ada EA form atau penyata kira-kira (yelah itu :-))
EA Form ini, company aina sudah siap kirakan. Maka, Aina tinggal nak isi. Duit Tax pulak, takyah risau sebab company aina dah tolak gaji everymonth. Kalau ada rebate dan pengurang, duit akan dipulangkan. 

Penting ya! Memang leceh tapi wajib declare. Nanti macam-macam isu pulak di kemudian hari. Sebab Makcik ada dapat pampasan dari Company tapi sebab tak declare income tax tahun terdahulu untuk 2tahun sahaja (skip). process pampasan itu menjadi sangat leceh ya sebab ada income tax tahun terdahulu tak isi. Siapa yang rugi? Kitalah.

Kalau berniaga pulak, Kalau tak ada income tax. Susah tau nak mohon Loan/ Pinjaman. DAN boleh didenda jika tidak declare. Bukan semua declare akan kena bayar, bergantung. Tapi Kalau dah sales letop, harus ada pembayaran :-)...

Langkah #1 Perlu ada EA form bagi pekerja Swasta macam AINA aka Penyata Gaji Pekerja SWASTA
company aina dah sediakan dalam WEB khas, tinggal nak download. Senangkan.

Langkah #2 Isi borang permohonan di LHDN
Masuk Link Utama http://www.hasil.gov.my/ dan klik pada EZHASIL dan klik lagi pada e-Filing seperti gambar dibawah



Ini adalah website utama. Jangan salah masuk ya

Langkah #3 Isi borang permohonan di eFiling
Selepas anda klik seperti diatas, akan keluar paparan seperti dibawah. Korang klik sahaja pada 
e-borang



Langkah #4 LOG-IN MASUK
Log-in seperti dalam Petak merah, kalau dah pernah log-in
kalau pertama kali ISI? klik LOGIN KALI PERTAMA
Kalau terlupa kata laluan? klik TERLUPA KATA LALUAN


Langkah #4 LOG-IN MASUK : Terlupa Password
Kalau terlupa kata laluan (Password), RESET kata laluan melalui SMS dan masukkan seperti dibawah

Langkah #5 LOG-IN MASUK : e-Filing
Jika anda berjaya masuk, ia akan paparkan nama anda seperti dibawah dan kemudian, klik e-filing / e-borang


Langkah #5 LOG-IN MASUK : e-BE
Pilih eBorang mengikut perkerjaan anda. Aina kerja swasta, maka Aina perlu klik E-BE


Langkah #5 LOG-IN MASUK: e-BE => Maklumat Individu
Mana yang Aina palang merah itu, yang perlu diisi ya bahagian maklumat individu

Langkah #5 LOG-IN MASUK: e-BE => Maklumat Pendapatan
Macam aina, aina cuma isi di pendapatan berkanun pengajian sahaja, ia, akan auto kira semua.

Maka, aina tulis bahagian paling penting untuk declare. Kemudian, yang palang merah itu, akan auto keluar berapa yang Aina dah bayar pada LHDN pada tahun lepas. Company Aina setiap bulan akan potong gaji untuk TAX ini, So, dia akan paparkanlah di palang merah itu

Langkah #5 LOG-IN MASUK: e-BE => Pelepasan
Ini Bahagian Best, korang boleh memdapat pelepasan. Pelepasan mak ayah dan anak tau, tapi kelayakan mengikut % lah. Nanti korang klik tanda seru (!) untuk detail.

Jangan lupa JOIN SSPN, dapat pelepasan jugak sambil menabung dan insurans. Nak tahu? Jom tekan => KLIK SSPN AINA

Yang lain-lain, kalau nak claim boleh tapi kena simpan resit 7tahun. Nanti ada audit, mereka akan minta resit dan kalau tak ada, nanti perlu bayar pulak. Barangan Ibu menyusu pon boleh claim tau



Langkah #5 LOG-IN MASUK: e-BE => Rumusan
Akhir sekali, ia akan rumuskan Jumlah pendapatan, Pelepasan dan berapa anda perlu bayar dan pulangan duit jika anda sudah bayar tapi ada potongan daripada pelepasan/ Rebet

kotak bawah sekali adalah pelepasan dan balance akan dipulang pada no account


Langkah #6, Langkah Terakhir
Lepas dah puas hati dan semakan bebetul, korang klik teruskan dan klik submit je. SIAP :)
Semoga membantu ya! Ada apa-apa tak tahu, boleh je tanya dekat comment dibawah atau email Aina
Kalau nak senang, korang buat je dekat LHDN terdekat. Sana ada pegawai baik hati akan ajar korang dan tahun seterusnya, dah boleh buat sendiri sahaja di rumah.

Saturday, March 9, 2019

Jenama Susu formula terbaik untuk bayi 2019

Sedih hati mommy bila adik reject EBM. Tapi mummy tetap pump dan pastikan susu ibu tak putus sebab direct BF adik tak tolak.... Susu EBM ini, abg minum.

Mommy pump 4x di tempat kerja dan sekali pump dapat 8oz
Selepas 3bulan guna botol, aina rasa lebih mudah guna plastik je. Nak maintain pon senang, Plastik Aina letak office je, pakai buang. Tapi kalau nk jimat guna botol lah. 

Update 30 aprl'19 : aina lagi suka simpan guna plastik daripada botol

ini adalah gambar kali pertama, mommy balik kerja dan susu tak habis. Opah bagi tahu adik reject dan taknak minum
Mommy tak tahu susu apa yang sesuai untuk adik, masa nak hilangkan kuning adik minum karihome kejap. Bila mommy guna semula karihome, adik berak selang 2 or 3hari. tapi sekali berak banyak sangat. Hati mommy jadi risau, sepatut minum susu formula, baby akan berak setiap harikan?

Semasa kuning, minum susu ini, kerap adik berak sampai kuning kejap je dah hilang
Mommy ada terbaca di instagram dr. Halina, anak kembarnya minum susu s26. So mommy pon cuba dan alhamdulillah adik serasi dan berak setiap hari. Mommy guna s26 original sebab daddy tersilap beli sebab asalnya mommy nak try Gold. Nanti kita cuba Gold atau mommy teruskan original.

Tapi s26 cuma ada tin untuk saiz besar. Mommy prefer tin compare to pek.

percubaan, try pek kecil dulu s26 original 
Ini melalui pengalaman Aina sahaja. Kita cuba lagi, sampai adik minum EBM okay.

Thursday, January 24, 2019

Tips Hilangkan Baby Jaundice atau Demam Kuning dalam masa seminggu

Kedua-dua anak Aina kena Jaundice atau ramai panggil kuning, Aina tak amalkan sebarang jamu atau herba , sebelum misi/ nurse kesan anak Aina ada kuning.

 Anak pertama kena prolog Jaundice dan sangat down sebab perlu kerap ulang alik klinik kesihatan dan cuti umum pula, perlu ke hospital serdang untuk cek bacaan. Sampai jumpa pakar, Lastly, Aina campur FM baru kuning turun mendadak. Jamu dan herba langsung tak ambik.

Alhamdulillah, anak kedua pula cek kali ke-3 terus tak ada kuning. Lega sangat-sangat, tak payah nak kerap ulang alik klinik. Apa yang Aina amal, kerapkan anak menyusu sebab kuning akan berkurangan melalui berak. Anak kedua, baru cuba consume NR, itupon lepas misi detect anak kuning.

Please ibu-ibu, jangan bagi baby dalam hari makan selain susu ya. Sedih Aina baca, bagi baby buah anggurlah, madulah, BIG NO, okay!!

Hari ke-3 usia baby kedua Aina, misi detect anak kuning, terus minta suami beli FM susu kambing (Karihome) dan teruskan susu badan dalam masa yang sama. Selang 2jam, Aina susukan baby tapi susu FM Aina bagi 2kali sehari je.  Lebihkan susu badan dari FM. Ini hanya pengalaman Aina sahaja.


sebelah pam dan sebelah tandem
Lepas itu, Aina repeat bahagian dada sebelah pulak.
Dapat banyak sikit dari gambar ini.
Ini gambar, sebelah pam dan tandem sahaja tanpa repeat
Susu kambing yang Aina gunakan. Boleh beli dekat Aeon dan farmasi caring terdekat. Karihome untuk infant,
 satu tin dah cukup dan siap berlebih lagi.
 Lepas kuning dah hilang, Boleh stop dan teruskan susu ibu sahaja

Mak Aina mandikan juga baby dengan air herba untuk turun kuning. Khas untuk baby dari kedai sensei (kedai ubat cina). Dulu anak pertama guna jugak tapi prolog juga. Maka, Aina tak pasti membantu kurangkan kuning atau tak.


Herba Bath untuk hilangkan Kuning baby  dari kedai sensei (kedai ubat cina).

Wednesday, January 23, 2019

Pengalaman bersalin anak kedua di Hospital Kerajaan 2018

Alhamdulillah, pengalaman bersalin anak kedua di permudahkan. Adik lahir, awal beberapa hari daripada 'due date', penutup 2018.

Untuk kali ini, Aina sangkut GDM on diet (Kencing Manis). Kena lah buat BSP 2minggu sekali, kena cucuk sendiri tau. Inilah alat kesan kencing manis Aina. Jarum dan strip kena guna yang baru dan buang selepas di gunakan.

Check BSP - ALAT CHECK KENCING MANIS
Lepas tahu ada kencing manis, memang Aina jaga makan, sebab boleh effect pada baby dalam kandungan. Bahaya! Aina Kantoi GDM on diet sebelum minun air gula, lepas minum air gula okay je bacaannya. Itupon, lebih 0.5 ! Alhamdulillah, BSP Aina cantik & tiada masalah. 

Tanda-tanda bersalin untuk anak kedua sangat dipermudahkan. 

1- Pukul 4am, terjaga & tertiba dah sakit selang 5minit. Kejut suami ajak pergi pergi hospital, sebelum itu sempat singgah mcd. Makan sambil tahan sakit (sakit itu masih boleh tahan, yang penting tahu teknik pernafasan). 

2- Pukul 6am, sampai hospital serdang dan nurse pasang CTG pada perut. Tapi graf tak cantik pula, Aina sangat cuak tapi rupanya, Baby tidur dan time itu bukaan dah 5cm

3- Pukul 8.30am, doktor pecah air ketuban dan nurse suruh makan dulu sebelum makan labor room. Nurse bawakkan makanan hospital dekat katil Aina (takda selera tapi habis jugak)

4- Pukul 9am, tolak labor room, tak sampai 15minit baby lahir

Disebalik Allah permudahkan bersalin, dihadirkan sakit RENGAT. 
Sakit rengat ini, lebih sakit dari sakit nak bersalin adik, lagi-lagi semasa adik menyusu badan. Aina kena start hari ke-3 dan pantang ke-5 dah okay. Yang bagusnya, rahim aina seminggu dah kecut (misi datang rumah bagi tahu) dan bidan mengurut siap puji, pandai awak jaga badan (urut pada pantang ke-14).

Kalau rengat ini datang, gunakan teknik pernafasan yang betul untuk kurangkan sakit dan rajinkan bertungku. Aina minta suami sapu minyak herbanika NR dan makan Phythonatal pada hari ke-4. Serta, mandian herba dari kedai sensei (kedai ubat cina). Aina juga makan blackmore VitC/ Omega 3 & Asid Folic/ Vit B Complex

minyak herbanika NR dan Phythonatal 90 biji serta Herba Bath
Blackmores Bio C (vit c ® 1000mg)  dan omega-3s containing DHA & EPA 
serta ubatan dari Hosp Serdang 
Folic Acid 5mg & Vitaman B Complex Tablet
ubat kuning untuk luka episiotomi/ koyakan semasa bersalin

Bayaran bersalin di Hosp Kerajaan  (kelas ketiga)
Bayaran sehari bermalam di ward Hospital Serdang dan kos bersalin serta ubat-ubatan, hanya dibawah rm30 setelah ditolak subsidi kerajaan. Lebih murah dari anak pertama sebab guna CTG sekali je compare anak pertama yang datang sebelum sakit.

Bil Bersalin kelas ke-3

Bayaran bersalin di Hosp Kerajaan (kelas pertama)
Asalnya, nak masuk wad kelas pertama sebab Aina boleh claim rm1.8K dengan insurans company tapi Aina tak ada rezeki juga untuk anak ke-2. Duduk di wad kelas ke-3 okay dan selesa tapi suami tak boleh teman bermalam. Ini adalah harga Kelas pertama - ketiga tahun 2018 ya. 

Bil Bersalin kelas ke-1 hingga kelas-3