Saturday, July 22, 2017

Susu Badan atau Susu Formula 2017

Jika mommy diluar sana, terasa sedih terpaksa campur atau memberi susu formula kepada anak-anak. Usahlah bersedih, setiap ibu mesti ingin memberi yang terbaik padanya.

untuk Jenama Susu formula terbaik untuk bayi 2019 (klik)--> https://anwars-family.blogspot.com/2019/03/jenama-susu-formula-terbaik-untuk-bayi.html

Begitu juga dengan Mommy Amsyar, percayalah sayang, mommy dah cuba sedaya upaya untuk memberi terbaik untuk anak mommy. Walaupon apa sekalipon, mommy akan teruskan Breastmilk (BM) Amsyar sehingga 2tahun/ ++ walaupun sedikit. Susu Ibu adalah susu paling terbaik !!

simpanan masa depan ANAK (klik)--> https://anwars-family.blogspot.com/2019/04/tabung-anak-simpanan-masa-depan.html

Bak kata, Dr. halina (isteri kepada Dr. Sheikh Muszaphar) Breastmilk is the best milk you can give to your baby! That is a fact. No formula milk can compete with mommy's milk! & Choose Formula milk instead of Fresh milk because of fresh milk is lacking in iron and some other nutritious for baby's growth





PRICE AND PHOTO FROM TESCO MALAYSIA WEBSITE

Inilah jenama FM pertama Amsyar = Dumex Dupro, tiada masalah sembelit atau cirit birit. Amsyar sihat dan aktif serta well- behaved semasa melawat rumah orang, hihi.. Rumah sendiri, banyak akal dia buat =D . Biasa beli dekat speed99, baru rm25++



Kini, Amsyar dah berubah hati..Hihi..

PRICE AND PHOTO FROM TESCO MALAYSIA WEBSITE

Since susu mommy semakin drop (Pelbagai booster dah try & cuba curi waktu untuk kerap pumping semasa kerja) and Amsyar dah makin aktif bergerak (semua nak masuk mulut) dan kami pon dah kerap bawak Amsyar playground serta jalan-jalan. Kami laki bini, decide Upgrade ke Mamex Cherish (terpengaruh) disebabkan oleh Prebiotics Oligosaccharide Mixture GOS/lcFOS (9:1). Detail boleh baca dekat sini --> CLICK_HERE dan mommy & adik beradik masa baby dulu-dulu semua minum mamex.

Based on MR.GOOGLE review, macam tak ada sangat review susu keluaran dumex dan kebanyakan Enfalac A+ serta kebanyakan memberi positif review. Mommy hampir-hampir tergoda dan paling mommy tergoda susu Karihome (sebab yusuf anak hanis zalikha)


UPDATED (14 AUG 2017)
selepas seTin habis (15hari), Berak okay (Tak sembelit dan tak Cirit). Surprise, mak bagi tahu, "anak ko mengamuk kalau buat 5oZ tak cukup" - Sabor jelaa | Lepas survey, giant paling murah rm150/seTin

Terus terlelap lepas minum 8oZ


Jom kita lihat, Khasiat 
Dupro 1 & Mamex Cherish 1

Dupro 1 & Mamex Cherish 1 : DHA
INFORMATION FROM DUMEX WEBSITE

Dupro 1 & Mamex Cherish 1 : MINERAL & VITAMIN
INFORMATION FROM DUMEX WEBSITE


Dupro 1 : IcFOS (Sejenis Serat)

INFORMATION FROM DUMEX WEBSITE

 Mamex Cherish 1 : Mixture GOS/IcFOS
INFORMATION FROM DUMEX WEBSITE

Setiap jenama FM ada kelebihan dan keburukan pada anak masing-masing. Pilih ikut kesesuaian anak-anak, seperti alahan susu lembu, boleh cuba susu berasaskan soya. dan sebagainya.....



Saturday, July 15, 2017

PART II : DIY Minimalist Pelamin

Sambungan.. dari DIY Minimalist Pelamin : PART I - =D

DAN DIY pelamin kami ini, terus dijadikan pendapatan sampingan. Time hujung minggu, dari lepak-lepak, kami pergi setup pelamin, Pelamin yang sama, cuma Aku olah-olah bunga sahaja. NAMPAK tak? Sambutan sewaan pelamin agak menggalakkan, Everyweek tau ! kami kerja ikhlas, jenuh iron backdrop, berpeluh-peluh.. Kalau bebetul buat pelamin sahaja. MATILANAK.. HAHA

PELAMIN KAMI BIASA SAHAJA TAK GAH PON. SIMPLE YET NICE. KITE GENG
Cite rasa setiap orang beza-beza :) Kalau pakai sekali walaupon DIY, tetap terasa mahal. BUNGA MAHAL dan CARPET MAHAL dan BACKDROP MAHAL
MINYAK TOL DAN MAKAN MINUM. 
Sebab aku dah alami sebelum ini, betapa penat lelah cari duit untuk kahwin sampai overLoad
Apa salah, Kami buat sambilan sambil beramal. 

Seriously, suka-suka ok.. Tak terpikir nak besarkan sewa pelamin sebab both of us tak berapa minat sangat. Ulangan, kerja sampingan mase terluang dan bila ada anak kami maybe akan slow or stop sebab hujung minggu dengan anak-anak PULAK =). Nak setup free, Kami tak mampu pulak, siapa nak bayar duit minyak dan makan. HIHI

Kami pernah upah orang setup pelamin kami Tapi sedih sangat-sangat, buka pelamin macam *****... Hishh. Geram.

Sewa murah sahaja sebab bukan costume made, customer boleh pilih nak pelamin design A or design B - FIX siap bunga tangan boleh pilih (DIY jugak- FIX) dan 10keping stick prop (FIX). Pelamin kita sewa tu, 10kaki. Cukup besar untuk majlis tunang or Nikah. Tapi ada juga ambil untuk sanding.

Until Now, semua customer kami lawa-lawa, baik dan tak cerewet. Andai anda terbaca post ini =)
Jujur dari kami @mrsHoneyBees (dah tukar IG ke @anwar_aina_amsyar)

Since, design kami sama sahaja. Agak kemalasan setiap kali setup pelamin nak ambik gambar. Layan beberapa keping dari kami =D .


Pelamin kami. Samekan? Just olah bunga-bunga dan tukar design backrop silang/kembang
dan boleh pilih kerusi (Ayah punya, jadi harta pulak=D) atau bantal ottoman (beli hasil sewaan pelamin) 























Lebihan bunga pelamin, aku deco jadi bunga tangan





stick prop



PART I : DIY Minimalist Pelamin

Awal-awal dah SET nak DIY pelamin tunang then mase Nikah guna balik. Sebab nak Jimat Cermat sebab nanti mase kenduri kahwin ayah pesan, budget tetamu 1000 makan dan 2 hari maljis belah perempuan dan next week, belah laki pulak.

Mana yang boleh jimat, jimat Tapi bab makan memang tak boleh jimat. Ingat pesan mak, buat kenduri masak betul-betul, hidang biar puas. Until now, kalau kenduri rumah aku,, mesti ramai orang bertandang. Ingat pesan mak, ini pon dikira as amal jariah.

Lastly, Pelamin belah perempuan semua DIY dari kami anak beranak dan Si Dia 
Pelamin belah lelaki, aku dan si Dia anak beranak. Chewaa.. Alhamdulillah, Family si Dia sangat-sangat baik. 

DAN pelamin kami ini, terus dijadikan pendapatan sampingan. Time hujung minggu, dari lepak-lepak, kami pergi setup pelamin, Pelamin yang sama, cuma Aku olah-olah bunga sahaja. NAMPAK tak? Sambutan sewaan pelamin kami agak menggalakkan, Everyweek full booked

Sambungan.. rujuk DIY Minimalist Pelamin : PART II - =D -- > Click_HERE



masa kahwin, ayah request buat pelamin dekat wakaf. Atas kosong je.. Plan nak cover dengan kain je.. Macam pelamin kanopi. Pada suatu hari itu , ayah bawak balik 3 lampu chandelier. Ingat ayah beli.. Rupa²nya, orang bagi. Org itu nak buang sebab dah rosak tapi ayah ambik. 

Ayat ayah, ayah hantar ko smpi degree amik kos elektrik. Ayah tahu lampu nie boleh nyala & pasang. Check² rupanya, ada wayer short je. ala haii 😊. Apa lagi suruhlaa cik abg tukarkan. Pandai check je. Nak buat sendiri, masih tak yakin ( sebenarnya agak malas sebab leceh). Dah alang² husb terrer bab² wiring.. by pass jelaaa



DIY dari Aku anak Beranak dan SI Dia ; SIMPLE dan mase ini tak reti nak olah-olah pelamin lagi
Gambar kelaut, Sadeh weh! imgat ya, photographer memang kena survey bebetul. Nak nyesal pon dah terlambat. Redo jelahhh

kek kahwin, nie pon Aku dan Dia deco : lucu sangat masa deco, kenangan KAMI walaupon deco ke laut. main tepek- tepek cream cheese dan bunga. Jimat Punya Pasal. Janji Sedap =D

SEDAP sebab mak yang kukus
Licin weh, siap ada nak tempah.. BANGGA kejap. Resepi kek kukus mak nie, memang tak di nafikan, sebab tu suruh mak buat jugak. Sayang MAK. 

family belah aku yang tercinta. Bertungkus lumus menjayakan majlis aku dan si dia. Love all of you. Moga Allah permudahkan kalian 

ini lah pelamin tunang 2014 dan nikah 2015- Guna pakai balik

 Simple kan sebab cubaan pertama kali dan busy dengan persiapan kahwin, Takdan nak olah-olah bagai, main letak-letak je!!. Nanti bukak link PART II, macam mana aku oleh jadi business pelamin

Marry Me

Ingat lagi, Dia call aina sebab...
Dia = Kenapa ekk, ko pakai tudung macam tu?
Aku = Nape? Suke hati akula.
Dia = Buruk, aku tak suke
Aku = Eh? 

Terus aina letak phone. Sabor jelaa.. Padehal baru je kenal?! Dalam hati, berbunga-bunga. HAHA =) yela dia agak Handsome time sekolah dulu-dulu. Aina? urrmmm.. kelaut. HAHA. 

eh, sebenarnya kiteorg dah setahun satu kelas sama, tapi tah macam mane, Aina tak perasan kehadiran dia. Kemungkinan =) Mase form4 Aina Super Active Bomba dan sesangat jarang masuk kelas. Dari 1st week Aina jejak kaki SMK Teknik Bentong,  Aina terpilih dan diserapkan mewakili sekolah sehingga Negeri. (Sampai Peringkat kebangsaan tau!! hitam jangan cakap !)

Gambar si DIA mase form5 (2006) : dah dimamah usia gambar nya pon. 


Mase form5, Aina quit Bomba dan kekonon nak fokus dekat SPM. Yela,Aina kena belajar untuk POINTER sebab tu pesan Mak Ayah. Play Hard, Study Hard, Stay Smart =) Chewahhh.. Time ini lah, baru Aina rapat dengan budak kelas & time ini jugaklah dia jadi sahabat Aina (suami Aina sekarang) 

Setelah, Aina dan Dia berumur 25 tahun..

Ayah = Kau tak ada plan nak kawin ke??
Me = "Kelu"
Ayah = Ayah tanya je. Yelah ko dah kerja dan kawan pon dah lama. Tak manis lama-lama
Me = "Ayus, plan 29tahun baru kahwin" lagipon duit tak ada lagi
Ayah = "Pikirla dulu". Nasihat ayah, kalau kita pikir duit, memang lambat. Tapi kalau kita dah SET nak kahwin. nanti Allah permudahkan

Terus call si Dia dan bincang, 
Dia = kahwin? Siapa taknak. tapi..
Aina = tahu..

Yelah mase ini, Aina baru je masuk kerja FREECALE PJ (dulu motorola, sekarang dah diambil alih oleh NXP) . Then, dia pon baru je beli Alza. Macam manelah nak kumpul duit? 

Lastly, Aina cakap dekat Si Dia. Kerana Halal, Aina teruskan. Lagipon Ayah dah suruh & kita buat. Insyallah, boleh!! Tekat Habis..

Time ini, Aina dan dia betul-betul pulen OT. Kaw-Kaw, Memang tak ada life, pergi gelap balik gelap. Si dia pulak outstation je. Bila ingat balik. walaupon penat tapi Aina enjoy sesangat buat persiapan. 

Finally, Bernikah jugak Si Dia dan Aina pada MAC 2015 dan Genap jugak setahun Aina berkerja as Manufacturing Supervisor. 

Setelah setahun menunggu, Allah hadirkan baby dalam perut Aina pada MAC 2016 (rasanya lagi awalkan kot, Ainapon tak tahu yang Aina dah mengandung masa awal-awal bulan) dan OCT 2016 lahirlah si kecik kami. 

bebelan dari aku (Aina) & si Dia (Anwar) & Si kecik (Amsyar)