Saturday, July 15, 2017

Marry Me

Ingat lagi, Dia call aina sebab...
Dia = Kenapa ekk, ko pakai tudung macam tu?
Aku = Nape? Suke hati akula.
Dia = Buruk, aku tak suke
Aku = Eh? 

Terus aina letak phone. Sabor jelaa.. Padehal baru je kenal?! Dalam hati, berbunga-bunga. HAHA =) yela dia agak Handsome time sekolah dulu-dulu. Aina? urrmmm.. kelaut. HAHA. 

eh, sebenarnya kiteorg dah setahun satu kelas sama, tapi tah macam mane, Aina tak perasan kehadiran dia. Kemungkinan =) Mase form4 Aina Super Active Bomba dan sesangat jarang masuk kelas. Dari 1st week Aina jejak kaki SMK Teknik Bentong,  Aina terpilih dan diserapkan mewakili sekolah sehingga Negeri. (Sampai Peringkat kebangsaan tau!! hitam jangan cakap !)

Gambar si DIA mase form5 (2006) : dah dimamah usia gambar nya pon. 


Mase form5, Aina quit Bomba dan kekonon nak fokus dekat SPM. Yela,Aina kena belajar untuk POINTER sebab tu pesan Mak Ayah. Play Hard, Study Hard, Stay Smart =) Chewahhh.. Time ini lah, baru Aina rapat dengan budak kelas & time ini jugaklah dia jadi sahabat Aina (suami Aina sekarang) 

Setelah, Aina dan Dia berumur 25 tahun..

Ayah = Kau tak ada plan nak kawin ke??
Me = "Kelu"
Ayah = Ayah tanya je. Yelah ko dah kerja dan kawan pon dah lama. Tak manis lama-lama
Me = "Ayus, plan 29tahun baru kahwin" lagipon duit tak ada lagi
Ayah = "Pikirla dulu". Nasihat ayah, kalau kita pikir duit, memang lambat. Tapi kalau kita dah SET nak kahwin. nanti Allah permudahkan

Terus call si Dia dan bincang, 
Dia = kahwin? Siapa taknak. tapi..
Aina = tahu..

Yelah mase ini, Aina baru je masuk kerja FREECALE PJ (dulu motorola, sekarang dah diambil alih oleh NXP) . Then, dia pon baru je beli Alza. Macam manelah nak kumpul duit? 

Lastly, Aina cakap dekat Si Dia. Kerana Halal, Aina teruskan. Lagipon Ayah dah suruh & kita buat. Insyallah, boleh!! Tekat Habis..

Time ini, Aina dan dia betul-betul pulen OT. Kaw-Kaw, Memang tak ada life, pergi gelap balik gelap. Si dia pulak outstation je. Bila ingat balik. walaupon penat tapi Aina enjoy sesangat buat persiapan. 

Finally, Bernikah jugak Si Dia dan Aina pada MAC 2015 dan Genap jugak setahun Aina berkerja as Manufacturing Supervisor. 

Setelah setahun menunggu, Allah hadirkan baby dalam perut Aina pada MAC 2016 (rasanya lagi awalkan kot, Ainapon tak tahu yang Aina dah mengandung masa awal-awal bulan) dan OCT 2016 lahirlah si kecik kami. 

bebelan dari aku (Aina) & si Dia (Anwar) & Si kecik (Amsyar)

No comments: