Wednesday, August 1, 2018

Gardening with 21months old toddler

Cet! tajuk nak english :). beberapa minggu yang lepas & lagi 3bulan nak 2tahun. Mami tengah sibuk pikir nak tempah kek harijadi nanti =) eh. lari tajuk..

Aktiviti bercucuk tanam ini, memang dah lama nak buat tapi tak sempat nak beli benih dan tanah untuk bercucuk tanam. Aktiviti ini sangat seronok dan amsyar suka siram pokoknya setiap hari dan sudah berputik.. Harapan, ia berbuahlah nanti sehingga boleh makan dan manis. Jom layan, gambar dan video Amsyar :)


Aktiviti ini, kita ambik dekat IG @littlefeiyedhomeschooler . Tapi Sophea version lagi banyak dan lagi seronok. Kita buat mana yang sempat dan mudah dahulu. Janji Amsyar happy :)


Bekas benih sementara, nanti kalau menjadi, kenalah cari tanah lapang sikit ya.
Tanah hitam itu, beli dekat tesco dalam rm2 lebih je
Perkakasan berkebun dan siraman tu. beli mase mandi laut dekat PD. 

Biji buah, tembikai paling senang nak jaga dan mudah. 1pek dalam rm2lebih juga
macam biasa, aktiviti ini melibatkan daddy, mami, amsyar dan atok pon ada :)

Siraman air (watering can), perlu beli yang lebih praktikal dan beli dekat Mr.DIY pon murah juga. 
Kalau Amsyar terlupa, Opah tolong siram =)

Tak sangka, setelah 1minggu, berputik juga. Harap-harap menjadi buah tembikai yang manis dan boleh dimakan. 

Jom Layan Versi Video pulak :)







Aina highly recommended follow 
Instagram @littlefeiyedhomeschooler 
for Montessori activity 
Photo from : https://www.instagram.com/littlefeiyedhomeschooler/

No comments: