Tuesday, September 18, 2018

Pengalaman bersalin anak pertama di Hospital Serdang 2016

Pengalaman Bersalin anak pertama masih segar di-ingatan walaupon sudah 2tahun berlalu. Aina membuat checkup di klinik kesihatan swasta berhampiran dengan rumah dan harganya sangat murah. Setiap bulan checkup termasuk scan 2D dan ubat-ubatan dibawah rm70. Murahkan?

Inilah buku "Monthly checkup" & Air Gula pada ww33
Walaupon di klinik swasta, Air gula tetap perlu diminum & Alhamdullah, tiada kencing manis.
Berbalik pada tajuk asal, untuk bersalin di hospital kerajaan. Hanya walk-in sahaja bila tanda-tanda nak bersalin muncul. Apa tanda-tandanya? Ini tanda-tanda Aina ya & setiap orang berbeza-beza :)

2 Hari sebelum nak bersalin, hanya ada 2tanda sahaja
1- Terasa asyik nak membuang tetapi tidak ber*k
2- Kaki dah mula bengkak

So, mak dah suruh pergi awal-awal check dekat hospital, tapi Aina masih tak rasa sakit lagi dan due masih ada lagi 1minggu. Sebab cuak kena tahan dekat hospital & lambat bukaan. Aina masih berkerja macam biasa tapi siap pesan dekat rakan sekerja, andai kata terberanak dekat pejabat. Tolong hantar dekat hospital kerajaan terdekat sahaja.

Selepas hari ke-2 keluar tanda-tanda diatas, firasat hati Aina rasa macam nak bersalin tapi tak sakit pon. Terus ajak suami pergi Hospital Serdang, Aina sampai dalam 7mlm & doktor cek rupanya bukaan dah 3cm. Terus nurse tahan dan pesan tak boleh balik tapi ward penuh. So, bersiaranlah Aina dekat tempat menunggu.

Tapi Aina tak duduk pon.. Aina buat sit-up dan berjalan untuk mempercepatkan bukaan. Lastly, pukul 6pagi.. Doktor cek, bukaan 6cm, terus pecahkan air ketuban. Terkejut, siap tanya doktor.. Kenapa pecahkan & saya masih tak rasa sakit.. Nasib doktor tu tak jawab, awak doktor ke? saya doktor? hihi

Lepas tolak ke Labor room & start 8pagi.. Jeng-jeng...
Hanya Allah je yang tahu betapa sakit-nya & terus ingat mak !!
Dalam 11pagi, lahirlah putera kami yang sulung - Danish Amsyar

Terima Kasih daddy, sebab bagi semangat macam mana nak teran & siap dengan gaya-gaya sekali
Terima Kasih pada Nurse yang sambut & bagi semangat. Anak mommy hampir lemas kebiruan sebab tak cukup tenaga nak push.

Check-Out setelah semalam bermalam di ward Hosp Serdang.

Bayaran sehari bermalam di ward Hospital Serdang dan
kos bersalin serta ubat-ubatan, hanya dibawah rm60 setelah ditolak subsidi kerajaan.

Semoga mommy diluar sana juga, dipermudahkan urusan bersalin & ibu/anak selamat =)
P/S: Adik Amsyar due Jan'19 pon, dah plan nak bersalin di Hospital Serdang juga

Wednesday, August 1, 2018

Gardening with 21months old toddler

Cet! tajuk nak english :). beberapa minggu yang lepas & lagi 3bulan nak 2tahun. Mami tengah sibuk pikir nak tempah kek harijadi nanti =) eh. lari tajuk..

Aktiviti bercucuk tanam ini, memang dah lama nak buat tapi tak sempat nak beli benih dan tanah untuk bercucuk tanam. Aktiviti ini sangat seronok dan amsyar suka siram pokoknya setiap hari dan sudah berputik.. Harapan, ia berbuahlah nanti sehingga boleh makan dan manis. Jom layan, gambar dan video Amsyar :)


Aktiviti ini, kita ambik dekat IG @littlefeiyedhomeschooler . Tapi Sophea version lagi banyak dan lagi seronok. Kita buat mana yang sempat dan mudah dahulu. Janji Amsyar happy :)


Bekas benih sementara, nanti kalau menjadi, kenalah cari tanah lapang sikit ya.
Tanah hitam itu, beli dekat tesco dalam rm2 lebih je
Perkakasan berkebun dan siraman tu. beli mase mandi laut dekat PD. 

Biji buah, tembikai paling senang nak jaga dan mudah. 1pek dalam rm2lebih juga
macam biasa, aktiviti ini melibatkan daddy, mami, amsyar dan atok pon ada :)

Siraman air (watering can), perlu beli yang lebih praktikal dan beli dekat Mr.DIY pon murah juga. 
Kalau Amsyar terlupa, Opah tolong siram =)

Tak sangka, setelah 1minggu, berputik juga. Harap-harap menjadi buah tembikai yang manis dan boleh dimakan. 

Jom Layan Versi Video pulak :)







Aina highly recommended follow 
Instagram @littlefeiyedhomeschooler 
for Montessori activity 
Photo from : https://www.instagram.com/littlefeiyedhomeschooler/

Sunday, March 4, 2018

Playschool Mahal

Lately ini, aina mencari playschool untuk Amsyar masa dia 18bulan nanti (lagi 2bulan - May). So, aina kumpul fee beberapa playschool dan dari hasil carian sebab masih tengah pikir nak masuk atau tidak selepas pilihan pertama jauh dari rumah (ku-kecewa) & agak pricey jugaklah wei

The Montessori Place
Yang pertama berkenan dihati, adalah The Montessori Place di 16 Sierra Puchong. Memang nak cari Fully Montessori based, banyak Montessori education toy & berdekatan di rumah. So, Aina ingat dekatlah & siap email bertanya fee. Lastly, husband cakap jauh dan jem nak kesana.

Total Fee - lebih 5k untuk half year 

Photo from : http://www.themontessoriplace.com.my/


Little Angel Kindergarten
Since tak dapat diatas, kita cari ikut kawasan/ taman supaya tak kecewa.. So, little Angel Kindergarten menetapi ciri-ciri yang kita nak sebab nanti nak masukkan Amsyar sekolah rendah keb cina. dan kita plan nak masukkan 3 atau 4 tahun nanti (mungkin). Untuk umur 2tahun nie, nak masukkan sekolah islamik dulu & kena ajar Amsyar makan bekal.

Student Age Group: 
3-6 years old: Kindergarten
7-12 years old: Primary Students Daycare & Tuition

Extra Curriculum:
- Robotics program
- Han Yu Pin Yin (Mandarin Class)


Genius Aulad,
Tertarik sebab ada weekly kelas & boleh mami tunggu luar tolong cuci berak amsyar nanti (sebab masih pakai pampers). Tapi dieorang tak amik kanak-kanak bawah 2tahun dan ada islamik kelas tau. Harga based-on GA website :

Photo from https://www.geniusaulad.com.my/school-fees/

Photo from https://www.geniusaulad.com.my/school-fees/

Sabtu ini, ada open day & free sahaja kalau nak join tapi clash pulak dengan kelas renang Amsyar. Tapi tengoklah macamnya. Kalau boleh re-scheduled kelas renang, boleh kita tengok-tengok untuk enroll next year. Apa-apapon, utamankan kelas renang dulu =)


Children Islamic Centre (CIC)
Yang ini pon ada islamik kelas, diberi pendedah solat/belajar bersama-sama rakan dan bermain-main (hihi-playschool) dan CIC fee klik je dekat link http://cic.com.my/ecom/intake-2016/ -Tapi tak  pasti harga masih sama atau dah naik. - Total Fee reg/others & bulan pertama dalam rm1.5K
Photo from http://cic.com.my/ecom/intake-2016/


Brainy Bunch
Catatan terakhir untuk post ini & bukan carian yang terakhir, Brainy Bunch ini merupakan Montessori Islam dan banyak juga positif review dan juga terdapat negatif review.  Kindergarden  ini juga, atas kedai dan jauh sikit  dari CIC & GA dan rumah Aina

Carian google tak jumpa apa-apa feedback cawangan rumah Aina. So, if Amsyar masuk sini harap-harap everthing is smooth. Siapa tak sayang anak kan? tapi kalau kena marah sebab perlu, rotan pon takpe. Fee pon memang dah terpampang dekat website dieorang 

Photo from : http://www.brainybunch.com/register-now/fee-structure
okaylah, setakat  ini sahajalah.. Kalau aina jumpa lagi. Aina update ea ! 
P/S : memula Amsyar 6bulan dulu sibuk nak enroll gymboree, the little gym & pelbagailah. Tapi lastly, tukar pikiran. Lepas itu, tukar niat nak enroll bila Amsyar 18bulan paling awal & perkenalan kepada islamik school sebelum masuk sek ren cina. - Selagi belum terjadi, semua tidak pasti-  Haha


Saturday, January 27, 2018

Danish Amsyar turn One

Kejap waktu berlalu, Mommy & Opah excited giler nak celebate hariJadi Amsyar yang pertama dan siap sambut awal 2hari sebab tarikh sebenar jatuh pada hari isnin. Deco guna sahaja apa yang ada. Hanya keluarkan duit untuk hidangan makanan. Jemputan keluarga terdekat dan orang surau.
Sebelah kiri, beberapa jam selepas Amsyar keluar dari perut mami dan sebelah kanan sehari selepas Amsyar keluar dari perut mami - check out 11.30pagi =D

Backdrop belakang guna pelamin  punya (siapa area puchong nak sewa, kita bagi sewa murah), birthday flag tu acik-acik Amsyar belanja (rm4/ set - guna 2set sahaja). Baju mami & daddy tema dark blue, pakai mana yang ada. Just baju Amsyar mami beli baru, rm30 kot (lupa da :P)
Cake deco by mami & daddy by using Amsyar's toys - Bought 4" & 6" cake from Moderneck
Bekas makanan & Air TokAyah punya (boleh sewa jika mahu) & lauk-lauk dimasak oleh Opah & mami
Meja kerusi & DJ Set sponsor by Tok Ayah (siapa nak sewa pon boleh =) 
Doa Kesyukuran untuk baby Amsyar - keluarga terdekat & orang surau
Backdrop & meja setup daddy, mommy & acik-acik Amsyar
simple birthday kek deco by mommy and daddy

Kek diatas dideco oleh mommy & daddy by using  mainan Amsyar dan print-out topper dekat kedai gambar (rm2). kek ini daddy beli SALTED VANILLA CARAMEL(4") & CHOCOLATE FUDGE (6") dekat Instgram : Modernecks 

Birthday Cake 
> RM15 - 4" (Babycake) SALTED VANILLA CARAMEL with white topping cream
> RM38 - 6" (500g)  CHOCOLATE FUDGE with white topping cream
> RM05 - lilin bunga api 
> RM02 - Print-out Topper Cake 
> RM00 - Free DeCO 

Why Free DeC0, daddy help mommy letak 4" cake into 6" cake
Then, mommy tepek mainan Amsyar atas kek (Mainan belum sempat main& sudah dibersihkan)
Simple yet nIce - Gambar kek ini, tak edit dan filter tau. 

baby Amsyar with new Car
Video budak kecik ini.. Masa orang sibuk nak bergambar dengan birthdays baby, pantang jejak lantai, berlari ajer

Happy Birthday Muhd Danish Amsyar, Semoga baby berjaya di Dunia dan Akhirat Serta sentiasa dirahmati & dilindungi oleh-Nya - Daddy Mommy love you  so much 



Monday, January 22, 2018

Travel 2 : MELAKA [ zoo melaka dan sekitar-nya] - Hari Kedua

Hari  Kedua
sambungan daripada entry sebelum ini. Post ini fokus pada ZOO melaka sahaja, compare to ZOO negara. ZOO melaka lagi best dan murah. Ikhlas dari mami dan daddy =). Sebelum nak datang, wajib tahu pukul berapa buka & tutup, kalau tak!! sia-sia macam kami datang semalam. Nasib rumah Oyang dekat, kalau datang dari jauh-jauh, rugi sahaja. 

Aina tepek beberapa gambar (tak banyak bergambar pon) dan video Amsyar bagi Arnab makan serta bermain dengan arnab okay!- Jom layan.. 
Pertama, sebelum parking jangan lupa beli kupon parking dan ada jual sebelum parking dalam zoo. Daddy letak 2jam sahaja, padehal 3jam lebih kami dalam ZOO. Alhamdullah, nasib tak kena saman- huh !!

zoo melaka
Harga tiket & kami dapat diskaun lagi tau- maybe sebab datang hari biasa - lupa nak tanya sebab daddy bayar sahaja dan mami pulak sibuk amik gambar. 
zoo melaka
waktu bird show dan safari buka pada hari tertentu sahaja (lupa hari apa)

zoo melaka
tempat bird show - Nanti kalau dieorang panggil siapa nak volunteer, better korang pergi sebab dapat bergambar free dengan bird yang buat show. Kalau tak, perlu bayar ya
zoo melaka
burung apa itu? nape burung ini tak terbang?

zoo melaka
Jalan-jalan sambil belajar- Mari kita mengenali haiwan-haiwan di zoo melaka

zoo melaka
kalau lapar, jangan  risau terdapat kafe dan boleh beli dan makan

zoo melaka
Amsyar bawa bekal, so mami jimat dah =)

zoo melaka
tadi itu, kafe girafah sebab kandang girafah sebelah kafe, boleh menjamu selera sambil melihat gelagat cik girafah

zoo melaka
Peace

zoo melaka
leopard tido, Amsyar pon nak tido

zoo melaka
Apa itu baby?? cikgu daddy berbicara dengan anaknya sambil berulang-ulang sebut nama-nama haiwan yang kami jumpa

zoo melaka
daddy, kita sesatlah.. haha, ZOO melaka kecik je. Belum sempat sesat, dah habis tapi mami semput la jugak. 3 jam you !!!

zoo melaka
Terkilan.. orang yang jaga gajah hilang tah kemana.. tak dapat nak bagi gajah makan. 

zoo melaka
dah penat-penat pusing satu ZOO melaka, kita naik tram pulak (rm5 dewasa), pusing sekali lagi. Tip Aina, better jalan kaki sampai habis pusing dan baru naik tram sebab dapat hilang penat dan panas. - 2round
zoo melaka
Aktiviti terakhir -- Eh arnab, Jap eh, daddy tengah beli makanan arnab dekat kaunter dan lepas itu, kita boleh masuk dan main-main dengan arnab. Best giler

Feeding the Rabbit - - Jom layan video dibawah 
video upload @ blogger -- feeding the rabbit at ZOO melaka

video upload @youtube-- feeding the rabbit at ZOO melaka

Travel 2 : MELAKA [ zoo melaka dan sekitar-nya] - Hari Pertama

Sebenarnya, Kampung Anwar memang di Melaka area Bachang, rumah oyang Amsyar dan dah banyak kali jejak kaki dekat Melaka ini. Tapi bulan lepas baru ada kesempatan nak bawa si kenit Amsyar pusing-pusing Melaka. Antara tempat yang kami pergi.
  1. Zoo Melaka
  2. Taming Sari
  3. Pusing- pusing A'Famosa to Jonker Street
Sebenarnya banyak tempat nak pergi lagi Tapi keadaan cuaca tak mengizinkan. Hujan turun belah petang 2hari berturut-turut. 

Hari  Pertama
Plan nak ke ZOO Melaka tapi disebabkan pagi, sesi mengemas rumah oyang masih tak habis (ada kenduri lepas magrib semalam), kami plan pergi pukul 01petang tapi hujan pulak. Lastly, gerak pukul 04.30 petang dan sampai dekat ZOO Melaka 10minit (dekat je).

Tapi Akak jual tiket cadang datang esok pepagi sebab persembahan haiwan dah takde (rugi) dan kalau nak masuk jugak akan rushing melihat haiwan-haiwan dalam Zoo. kenapa Rushing? akak jual tiket cakap, "masa untuk lihat haiwan biasa 1jam 30minit dan sekarang tinggal 1jam sahaja. Kalau tak berpuashati, duit tidak akan dikembalikan". - Sob - Sob. Maka kami bergambar sahaja dihadapan zoo melaka


Selepas bergambar, kami ke cocount shake batu beremdam sebelum ke bandar untuk naik taming sari. Dulu, mase Aina study dekat UTeM, weekend je mesti beli dan Aina lagi suka Cocount Shake batu beremdam daripada klebang (Tekak Aina).

wajib kalau datang melaka tau -  Cocount Shake batu beremdam
Selain cocount Shake, ada juga jual makanan
Dahaga dah hilang dan perut dah beralas, mohlah kita ke bandar pusing-pusing A'Famosa to Jonker Street sambil bakar lemak. Sebelum itu, kami naik dulu Taming Sari dan rasanya, kalau malam mungkin lagi cantik.

Selfie sebelum masuk Taming Sari

Kaunter Tiket dan Harga Tiket - Jangan lupa bawa iC & Amsyar Free  - sebab baru 14bulan

Sebelum masuk dalam manara berputar-putar- hihi
Amsyar yang pilih tempat duduk mami dan daddy
Tour Guide sedang membebel =)
Turun je dari Taming Sari, Jangan lupa singgah dan beli dodol tau. Sedap giler dan lagi sedap makan panas-panas. Boleh minta tester sebelum beli, terbaik =)
Bila daddy dan Amsyar dah suka, maka terpakse mami beli tapi daddy bayar- hihi- sila abaikan muka daddy yang feeling makan dodol panas

Nie nama dodol itu, bebetul dekat taming sari
Seterusnya, kita masuk kereta jap amik udara sejuk sebelum sesi bakar lemak dari taming sari hingga ke jonker walk dan berpatah balik. 3jam weh, bakar lemak. HUH !! Gambar macam takde pulak nak upload. kita letak mane yang ada jelah ea =)

take five dalam kete kejap sebelum sesi bakar lemak bermula
Pilihan beca abam Amsyar, didie and friends - Tapi kami tak naik pon

haripon dah nak malam

Hapuskan lemak -lemak mami dan daddy sahaja sebab Amsyar dah cukup kurus
Nampak sangat dah lame tak datang, Eh, ada H&M lah tapi bahagian kanak-kanak tiada, tak bestlah
sepanjang masuk joker walk sampai patah balik, budak kenit ni, tido sahaja 

Hari  Kedua
bersambung pada entry seterusnya,... fokus on ZOO melaka sahaja =)

ENTRY HARI KEDUA- KLIK LINK DIBAWAH
https://anwars-family.blogspot.my/2018/01/travel-2-melaka-zoo-melaka-dan-sekitar.html